Searching...

FAQ & Disclaimer

Disclaimer:

Projek Zine diwujudkan dengan impian untuk mengumpulkan peminat dan penulis zine di satu tempat yang sama bagi meluaskan pendedahan dan memudahkan pencarian. Namun segala urusan jual-beli adalah di antara pembaca dan penulis. Projek Zine akan lakukan yang terbaik bagi memastikan segala urusan jual-beli berjalan dengan lancar. Semua maklumat penulis akan diselidik dan disimpan sebelum mereka mulakan jualan disini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, kemushkilan atau aduan, sila email zkushairi@gmail.com untuk tindakan lanjut.

FAQ

1) Zine dekat sini semua PDF je ke? Saya nak pegang zine tu dengan tangan saya sendiri, baru feel!

Ya, semua zine yang dijual disini adalah dalam format PDF dan mungkin juga dalam format EPUB/MOBI jika dinyatakan penulis. Kalau awak nak beli zine tu dalam bentuk naskah asal, awak boleh hubungi penulis zine tersebut dan mintak dia hantarkan pada awak, kalau dia nak lah. Kami akan pesan kepada penulis jika mereka mahu jual zine melalui poslaju, mereka boleh nyatakan demikian dalam penerangan cara pembelian zine tersebut.

2) Syok ke baca dalam PDF ni?

Sekarang kan dah ramai ada smartphone, tablet, ipad, kobo, kindle dan sebagainya. Syok je sebenarnya cuma kita tak biasa. Memang betul kalau pegang buku lagi best, tapi zine ni tak setebal buku, jadinya baca melalui gadgets pun tak mengganggu kenikmatan zine tu pun. Plus, awak boleh bawak pergi mana-mana tanpa bawak buku, semua boleh baca dalam gadget.

3) Ha, mengaku pun baca dalam PDF tak best. Habis tu kenapa nak jual dalam PDF jugak?

Banyak tanya lah kau ni. Kita baca dalam bentuk digital ni jimat kertas kau tahu? Jangan bazirkan kertas nanti pokok habis. Go green lah sikit!

4) Okeylah, jangan lah marah. Macam mana nak beli zine dekat sini bang?
    
Pilih zine yang anda minat dan baca cara pembelian yang dinyatakan. Kemudian pindahkan wang kepada akaun yang diberi dan penulis tersebut akan email zine terus kepada anda. Mudah!

2) Kalau saya dah bayar, lepas tu saya tak dapat pun zine saya, macam mana?

Anda boleh tunggu untuk beberapa hari, mungkin si penulis masuk hutan mencari ilham ataupun terputus talian internet sebab wayar kena makan tikus. Jika selepas 7 hari zine anda masih belum di-email-kan, hubungi zkushairi@gmail.com dan nyatakan nombor kod zine anda. Kami akan hubungi penulis tersebut dan jika selepas 9 hari dari tarikh pembelian zine itu masih belum dihantar, kami sendiri yang akan hantar kepada anda kerana kami akan menyimpan semua copy zine yang dijual disini dalam database kami untuk tujuan keselamatan. 

3) Saya rasa zine dekat sini semua tak best. Zine paling best adalah zine yang saya tulis.

Itu soalan ke statement? kalau awak rasa zine awak paling awesome, bolehlah letak dekat sini juga.

4) Macam mana nak letak zine dekat sini?

Hubungi zkushairi@gmail.com untuk dapatkan maklumat dan syarat untuk jual dekat sini. Dua perkara penting adalah: 

i) Bayaran sewaan tapak mungkin akan dikenakan di masa hadapan. Tetapi buat masa sekarang ni percuma.
ii) Kami perlu menyimpan satu copy zine anda yang hendak dijual untuk tujuan keselamatan (duit dah masuk tapi korang tak reply email) Tapi jangan risau, kami simpan je tak sebarkan. Janji.

5) Apa advantage jual dekat sini, saya tak nampak. Baik aku jual dekat blog saya je?

Impian kami adalah untuk wujudkan satu tempat yang memudahkan peminat zine mencari dan browse zine yang mereka minat dan juga tempat penulis zine berkumpul untuk berkongsi karya mereka. Teruskan jual dekat blog korang, dalam masa yang sama boleh letak dekat sini juga, mana tahu ada orang yang diluar bulatan blog korang nak baca apa korang tulis. Kami juga akan promote blog ni kepada peminat dan penulis zine lain, jadi bolehlah kita berkawan-kawan gitu.

6) Kalau saya dah jual dekat sini, lepas tu dah tak nak jual. Macam mana?

Email zkushairi@gmail.com dan bagitahu kod zine anda.

7) Saya ada banyak lagi soalan ni, tapi jap, nak fikir.

Nanti bila ada soalan lagi, tanyalah dekat bawah ya.

0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!