Searching...

Tentang Projek Zine



Kami rasakan terdapat banyak zine yang telah dihasilkan di luar sana namun tidak mendapat pendedahan yang meluas kerana budaya penulisan dan jualan zine itu sendiri hanya mampu untuk beredar dalam lingkungan bulatan sosial penulis itu sahaja. Ditambah pula dengan penglibatan kos cetakan yang memerlukan modal dan juga limitasi tempat dan method jualan menggunakan pos yang kadang-kala melecehkan.

Oleh itu, visi Projek Zine adalah untuk mengumpulkan penulis-penulis zine dari serata negara di satu tempat yang sama bagi meluaskan pendedahan dan memudahkan para pembaca untuk mencari dan membeli zine yang mereka minat dan mahu baca.

Projek Zine juga ingin mengetengahkan budaya pembacaan zine dalam bentuk e-zine/e-book iaitu zine dalam format PDF/EPUB/MOBI. Format ini lebih sesuai daripada format tradisional iaitu dalam bentuk buku kecil dan kertas kerana kebanyakkan pembaca kini sudah memiliki smartphone, tablet, ipad, dan komputer yang boleh digunakan untuk membaca zine dalam format tersebut. Tambahan pula zine tidaklah terlalu tebal seperti buku-buku biasa dan ia menjadikan pembacaan dalam format e-zine/e-book ini lebih sesuai.

Kami juga menyahut seruan Greenpeace untuk mengurangkan penggunaan kertas ke arah dunia yang lebih hijau.

0 comments:

Post a Comment

 
Back to top!